Sejarah Red Eagle Digital

Red Eagle Digital ditubuhkan pada 9 November 2017 di Jalan Prima SG5, Prima Sri Gombak, Selangor dan diasaskan oleh Tuan Mohd Farhan Zakaria bersama Tuan Asyraaf Azahari. about usRed Eagle Digital merupakan penjenamaan semula daripada Mister FB Ads untuk mengembangkan lagi sayap dalam bidang pemasaran digital.

Tujuan Red Eagle ditubuhkan bagi membantu peniaga-peniaga kecil dan sederhana untuk bahagian pemasaran. Red Eagle juga berpengalaman dalam memberi ceramah dan bengkel seperti di USM. Selain itu, beberapa syarikat juga mengambil perkhidmatan Red Eagle seperti Imtiyaz Umrah, Prudential, MATHAF (Malaysia Thailand Halal Food Festival), Cerdik Educenter, Paul Penders dan sebagainya.

Red Eagle memfokuskan kepada pengiklanan dan latihan. Selain itu juga, Red Eagle menyediakan perkhidmatan untuk membangunkan laman web, reka bentuk, pembungkusan (packaging) dan penjenamaan (branding).

Visi Syarikat

vissionMenjadikan RED EAGLE DIGITAL sebagai salah satu pusat utama saluran pemasaran digital di Malaysia bagi perniagaan korporat serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) dalam tempoh 5 tahun.

missionMisi Syarikat :

  1. Menyediakan modul dan teknik terkini yang berkesan untuk menambah baik nilai serta jumlah jualan perniagaan biasa menjadi luar biasa.
  2. Menyediakan sumber kepakaran dalam merangka perancangan pemasaran menggunakan konsep pemasaran digital.
  3. Menguasai 6 saluran pemasaran yang efektif, iaitu FB Ads, Google Ads, Instagram Ads, Youtube, Twitter dan pemasaran e-mel (e-mail marketing) dalam tempoh 3 tahun.

objektif
Objektif Syarikat

  1. Merangka dan melaraskan teknik pemasaran digital yang berkesan mengikut keadaan semasa.
  2. Bekerjasama dengan beberapa tenaga kepakaran daripada sumber pemasaran dan jualan perniagaan yang lebih efisien.
  3. Menambah nilai kepakaran dan memberikan hasil yang berimpak tinggi kepada perniagaan korporat serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME).