PERJANJIAN PROGRAM AFFILIATE RED EAGLE DIGITAL

SILA BACA KESELURUHAN PERJANJIAN INI.

ANDA BOLEH MENCETAK PERJANJIAN INI UNTUK SIMPANAN ANDA.

INI ADALAH PERJANJIAN SAH ANTARA ANDA DAN RED EAGLE DIGITAL. (redeagledigital.com)

DENGAN MENGEMUKAKAN PERMOHONAN ONLINE, ANDA BERSETUJU BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI SETIAP TERMA DAN SYARAT PERJANJIAN INI DAN ANDA BERSETUJU UNTUK BERTANGGUNGJAWAB ATAS APA-APA TINDAKAN UNDANG-UNDANG SEKIRANYA ANDA MELANGGAR MANA-MANA TERMA DAN SYARAT PERJANJIAN INI.

 

Terma dan Syarat Program Affiliate

 

  1. Pendahuluan
    Affiliate adalah sangat penting kepada kami. Kami berusaha memberikan yang terbaik untuk melayan anda dengan keadilan dan rasa hormat yang selayaknya. Justeru itu, kami memohon pertimbangan dan layanan yang sama daripada pihak anda. Kami membuat Perjanjian Affiliate ini berdasarkan kepentingan anda dan juga untuk menjaga nama baik syarikat kami. Oleh itu, cuba fahami keseluruhan Perjanjian ini sepanjang anda membacanya.Perjanjian ini mengandungi terma dan syarat lengkap yang dikenakan kepada anda untuk menjadi affiliate dalam Program Affiliate Red Eagle Digital. Tujuan Perjanjian ini adalah untuk membenarkan perhubungan antara anda dan laman web redeagledigital.com. Sila ambil perhatian bahawa di dalam keseluruhan Perjanjian ini, “kami” merujuk kepada Red Eagle Digital, dan “anda” merujuk kepada affiliate.Sebagai affiliate yang diberi kuasa (Affiliate) dari Red Eagle Digital, anda bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini (Perjanjian). Sila baca keseluruhan Perjanjian dengan teliti sebelum mendaftar sebagai Affiliate dan mempromosikan produk Red Eagle Digital. Penyertaan anda dalam program ini adalah semata-mata untuk mengiklankan produk kami bagi menerima komisen pada keahlian dan produk yang dibeli oleh pelanggan yang berminat. Dengan mendaftar untuk Program Affiliate Red Eagle Digital, anda menunjukkan penerimaan anda terhadap Perjanjian ini dan semua terma dan syaratnya.Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila maklumkan kepada kami. Kami mengamalkan konsep terbuka atas apa-apa pertanyaan. Untuk respon pantas sila hubungi kami di +6018-2584802 atau email kami di support@redeagledigital.
  2. Pendaftaran dan Penerimaan Permohonan
    Anda perlu mengisi dan menghantar permohonan online anda di redeagledigital.com/daftar-affiliate untuk proses pendaftaran sebagai affiliate. Walaupun kami meluluskan permohonan anda secara automatik selepas pendaftaran online dibuat, ia tidak bererti kami tidak boleh menilai semula permohonan anda itu pada masa hadapan.Kami mempunyai hak untuk meluluskan atau menolak sebarang permohonan anda itu mengikut budi bicara mutlak kami. Anda tidak dibenarkan untuk mengenakan sebarang tindakan undang-undang terhadap kami untuk mana-mana penolakan permohonan Program Affiliate anda itu.
  3. Komisen
    Komisen akan dibayar sebulan sekali kepada anda. Untuk agen Affiliate menerima komisen, nombor akaun yang diberikan mestilah kekal aktif untuk sekurang-kurangnya 37 hari.Pembayaran komisen hanya akan diberikan bagi setiap transaksi jualan yang telah berjaya diselesaikan sahaja. Bagi mana-mana jualan yang dikenakan caj atau bayaran balik (refund) tidak akan dibayar sebarang komisen.
  4. Link AffiliateAnda boleh menggunakan link Affiliate anda, gambar dan ayat iklan yang diberikan oleh HQ untuk membuat iklan anda di mana-mana halaman media sosial, laman web, mesej atau email anda. Jika anda mahu menggunakan ayat iklan dan gambar anda sendiri, anda perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada pihak HQ sebelum anda boleh mengunakan ayat iklan dan gambar itu. Setiap komisen yang dibayar adalah berdasarkan semua transaksi jualan yang menggunakan link affiliate anda sahaja. Apa-apa transaksi jualan menggunakan link affiliate agen lain; atau tidak menggunakan link affiliate anda; atau jualan tanpa menggunakan apa-apa link affiliate tidak akan dibayar sebarang komisen kepada anda.
  5. Penamatan Akaun Affiliate
    Permohonan affiliate dan status anda dalam Program Affiliate ini boleh digantung atau ditamatkan jika kami mendapati anda adalah tidak sesuai untuk Program Affiliate ini, termasuklah jika anda:
    • Membuat iklan yang tidak sesuai (tuntutan palsu, hyperlink yang mengelirukan, dan lain-lain).
    • Spamming (email, posting di mana-mana halaman, dan lain-lain).
    • Membuat iklan di laman-laman yang mengandungi atau menggalakkan aktiviti haram.
    • Pelanggaran hak harta intelek. Red Eagle Digital berhak untuk menghendaki perjanjian lesen (jika perlu) daripada orang-orang yang menggunakan tanda dagangan Red Eagle Digital untuk melindungi hak harta intelektual kami.
    • Menggabungkan apa-apa bahan yang melanggar atau membantu orang lain untuk melanggar sebarang hak cipta, tanda dagangan atau hak harta intelek atau melanggar undang-undang.
    • Menawarkan rebat, kupon, atau apa-apa tawaran lain dari komisen affiliate anda sebagai insentif.
    • Membuat penipuan transaksi, atau disyaki membuat penipuan transaksi jualan Affiliate.
    • Melakukan apa-apa cara menyalahi undang-undang, berbahaya, mengancam, memfitnah, perkara lucah, sensitiviti perkauman/etnik atau sebaliknya.
    • Mempunyai perisian yang berpotensi membolehkan lencongan komisen dari affiliate lain dalam program kami.
    • Mencipta laman web baru atau mengendalikan mana-mana laman web lain yang secara jelas atau tersirat dengan cara yang menyerupai laman web kami dan membawa pelanggan untuk mempercayai anda adalah redeagledigital.com atau mana-mana perniagaan affiliate yang lain di bawah Red Eagle Digital.
    • Menggunakan produk kami untuk kepentingan peribadi secara langsung tanpa pengetahuan dan kebenaran dari kami dan menjual produk kami tanpa menggunakan link referal kami.

Selain perkara di atas, Red Eagle Digital juga berhak untuk menamatkan mana-mana akaun Affiliate pada bila-bila masa, untuk sebarang pelanggaran Perjanjian ini atau tanpa sebab.

6. Liabiliti
Red Eagle Digital tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan secara tidak langsung atau tidak sengaja (kehilangan jualan/komisen) disebabkan oleh kegagalan pengesanan transaksi jualan affiliate, kehilangan fail pangkalan data, atau apa-apa perbuatan yang menyebabkan kemudaratan kepada Program Affiliate dan/atau laman web kami. Kami tidak membuat sebarang jaminan tersurat atau tersirat berkenaan dengan Program Affiliate dan/atau keahlian atau produk yang dijual oleh Red Eagle Digital. Kami tidak membuat sebarang tuntutan bahawa operasi Program Affiliate dan/atau laman web kami akan bebas daripada kesilapan dan kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang gangguan atau kesilapan yang terjadi.

 

7. Tempoh Perjanjian
Tempoh Perjanjian ini bermula sejurus selepas pendaftaran anda dalam Program Affiliate ini dan akan berakhir apabila akaun Affiliate anda ditamatkan. Terma dan syarat perjanjian ini boleh diubah oleh kami pada bila-bila masa. Sekiranya apa-apa pengubahsuaian kepada terma dan syarat Perjanjian ini tidak boleh diterima oleh anda, maka anda boleh menamatkan akaun Affiliate anda. Sekiranya anda terus berada dalam Program Affiliate ini, maka ia akan dianggap sebagai persetujuan penerimaan anda terhadap sebarang perubahan baru yang terjadi.

  1. Tindakan Undang-undang, Bidang Kuasa, dan Bayaran Peguam
    Perjanjian ini hendaklah ditadbir dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang negara Malaysia. Apa-apa pertikaian yang timbul di bawah atau berkaitan dengan apa-apa cara untuk Perjanjian ini akan diputuskan secara eksklusif di mahkamah negeri yang berkenaan di mana-mana negeri di Malaysia. Sekiranya tindakan undang-undang dikenakan untuk menguatkuasakan mana-mana peruntukan dalam Perjanjian ini, pihak yang terbabit akan berhak mendapat semula daripada pihak yang satu lagi kos dan bayaran, termasuklah yuran guaman yang munasabah.
  2. Hadiah
    HQ akan menyediakan hadiah kepada sepuluh (10) orang affiliator yang membuat jualan tertinggi dan melebihi 20 kali jualan dalam tempoh program jualan video ini berjalan. Semua hadiah yang diberikan tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai melainkan atas budi bicara pihak HQ.
  3. Terma dan Syarat Tambahan Untuk Affiliator Dengan Pakej Komisen 45%
    • Setiap affiliator yang mendaftar untuk pakej komisen 45% diwajibkan untuk membuat bayaran sebanyak RM500 untuk setiap kos iklan FB Ads yang berjalan selama 3 hari.
    • Affiliator yang mendaftar pakej komisen 45% akan dibayar komisen pada hari ke 4 selepas tempoh iklan yang berjalan selama 3 hari.
    • Iklan akan dijalankan selama 22 hari dengan tempoh masa jualan adalah selama 30 hari.
    • Setiap kos FB Ads akan ditolak secara automatik daripada jumlah komisen yang diterima oleh affiliator sebelum pembayaran komisen dibuat.
    • Bagi mana-mana affiliator yang telah mendaftar untuk pakej 45%, tidak dibenarkan sama sekali untuk menukar pakej anda kepada pakej 35%.
    • Jika ada mana-mana affiliator yang tidak ingin meneruskan pakej 45%, maka secara automatiknya kontrak affiliator itu akan ditamatkan terus daripada Program Affiliator Red Eagle Digital.
    • Sebarang baki kos FB Ads tidak akan dibayar semula kepada mana-mana affiliator yang ditamatkan dari kontrak Program Affiliator ini.
  1. Tandatangan Elektronik
    Perjanjian Affiliate ini merupakan kontrak elektronik yang menetapkan terma dan syarat yang mengikat penyertaan anda dalam Program Affiliate Red Eagle Digital secara sah tanpa memerlukan sebarang tandatangan bertulis. Anda menunjukkan persetujuan dan penerimaan terhadap Perjanjian Affiliate ini dan semua terma dan syarat yang terkandung di dalamnya atau apa-apa perkara yang dirujuk dalam Perjanjian ini apabila anda melengkapkan proses permohonan dan pendaftaran Program Affiliate Red Eagle Digital ini. Tindakan anda ini akan mewujudkan suatu tandatangan elektronik yang sah dan mempunyai kekuatan yang sama seperti suatu tandatangan bertulis tangan.