Case Study

INILAH 6 LANGKAH STRATEGI PROVEN BAGAIMANA STUDENT KAMI MENGHASILKAN JUALAN RM70,096 DALAM MASA 30 HARI HANYA MENGGUNAKAN WEBSITE ECOMMERCE TANPA MENGGUNAKAN TEAM SALES !

Salah seorang klien yang kami pernah apply ilmu 50 VIDEO MARKETING dapat sales sebanyak RM70,096 dalam masa 30 hari pada bulan puasa April tahun 2021!

Sebelum itu, kami nak kongsikan beberapa maklumat ringkas tentang bisnes klien ini.

Nama beliau adalah Tuan Haidi dan nama produk beliau adalah Bea Hijab anda boleh tengok di Google dan Facebook. Produk utama Tuan Haidi adalah tudung untuk wanita. Antaranya, tudung instant, bawal dan shawl pelbagai corak dan warna.

Tuan Haidi pernah buat pemasaran secara online, tetapi tidak menjadi. Jualan paling tinggi mereka perolehi secara online hanya RM2500 sebulan. Beliau memang harapkan jualan semata-mata pelanggan yang ‘walk-in’ ke butik.

Page like pun masa mula mula sikit jerr, hanya 1000 like jerr (sekarang dah capai 37,000 like). Walaupun page like hanya 37,000, tetapi masih lagi berjaya capai jualan 5 angka. Kami akan kongsikan strategi lengkap.

Anda kena ingat pages like tak penting untuk buat duit, yang penting adalah database pelanggan. Saya akan cerita lebih details macam mana nak kumpul database

Buat anda yang berminat untuk tahu, silalah baca sampai habis. Kalau tiada masa, share dulu case study ini. Parking siap-siap dalam FB anda.

Apa yang Tuan Haidi buat adalah, beliau gunakan teknik “Sales Funnel” yang kami ajar dalam 50 Video Marketing.

Dalam bahasa mudahnya Sales Funnel ini adalah perjalanan pembeli untuk sampai ke kedai online anda, sampailah dia membeli.

Anda tahu kan funnel (corong) tu apa?

Corong atau funnel ini adalah objek berbentuk silinder yang diletak secara terbalik. Bahagian lebar di atas dan muncungnya di bawah.

Jika secara fizikal, corong diguna untuk arahkan aliran cecair daripada satu sumber, masuk ke ruang lain tanpa berlaku sebarang tumpahan.

Macam itu juga dalam bisnes online/offline. Kita mahu halakan pelanggan daripada mereka datang sebagai pelawat sahaja dan akhirnya menjadi pembeli setia.

Walaupun banyak jenis Sales Funnel, prinsipnya masih sama. Sales Funnel adalah satu strategi marketing yang POWERFUL kalau dah start tahu cara nak gunakannya.