WAKTU PROMOSI TERBAIK

“Hmm, scroll..scroll..scroll”

.

Ketahui bilakah masa yang bersesuaian untuk anda memuat naik sesuatu iklan di laman sosial~

.

Waktu Post Status Paling Sesuai :-

.

✅Waktu Pagi : 6:15 am – 7:00 am (pengguna FB tegar akan login) waktu ni memang kebanyakan orang akan melihat handphone untuk melihat waktu, alih-alih terbuka laman sosial, terbaikk 👍🏻

.

✅Masuk Kerja : 8:00 am – 10:00 am (ni yang boleh akses FB di tempat kerja atau belajar) kalau tak boleh akses kerja/fokus betul-betul yaaa!😇

.

✅Lunch Hour : 12:30 pm – 2:00 pm (sambil tunggu waktu lunch, layan FB)

.

✅Selepas Lunch : 2:30 pm – 3:00 pm (layan jap sebelum sambung kerja)

.

✅Sebelum Balik : 5:30 pm – 6:15 pm (tunggu nak checkout)

.

✅Lepas Isyak : 9:00 pm – 12:00 am, kadang2 terlajak 1:00 am – 2:00 am.

.

Kesimpulannya, take note bilakah waktu yang bersesuaian ;

.

WAKTU PALING HOT

🕙 10:00 pagi

🕛 12:00 tengah hari

🕒 3:00 petang

🕔 5:00 petang

🕘 9:00 malam

🕙 10:00 malam

.

 

Jadi tunggu apalagi? Jadilah pengguna dan peniaga yang lebih bijak 👍🏻👍🏻👍🏻

Anda mampu mengubahnya💪🏻

.

Yang benar,

Farhan Zakaria

Chairman of Red Eagle Digital

Social Media Marketing Expert

.

#redeagledigital
#terbangtinggi
#buatsampaijadi

5 TIP KILAT - BAGAIMANA KITA MENCARI IDEA IKLAN UNTUK JUAL PRODUK YANG RAMAI PESAING?

Katakan kita jual produk yang super kompetitif seperti produk tudung.

.

Kita tahu, yang semua wanita yang bertudung akan membeli tudung.

.

Tapi kita jarang fikir kenapa mereka perlu pilih tudung kita berbanding tudung yang orang lain jual?

.

Jika kita dah beli ebook 20 Template Iklan Tudung, masalah ini mungkin 50% selesai (sebab kita masih lagi perlu eksperimen setiap template iklan).

 

Tapi jika ada yang masih belum beli, berikut adalah tip kilat untuk bantu anda serta merta:

.

Tip 1 – Jangan fokus pada jual tudung itu. Tetapi jual nilai emosi di sebalik tudung yang kita jual.

.

Tip 2 – Fokus kepada 2 komponen ini untuk mula eksperimen. Tajuk iklan dan visual iklan.

.

Tip 3 – Jangan fokus pada banyak sangat tawaran kita. Nanti jadi perang harga sebab perbezaan kita dengan pesaing hanya akan berbeza pada harga saja.

.

Tip 4 – Fokus pada 1 tawaran. Kemudian letakkan nilai emosi pada tawaran itu.

.

Tip 5 – Sebagai contoh, kita menjual 2 tudung dengan harga RM99.

.

.

RM99 untuk 2 tudung bukan satu ‘tawaran’ yang kuat.

.

Contoh nilai emosi di sebalik tawaran di atas:

 

“Saya jual tudung ini RM69 satu. Tapi saya pernah kena marah dengan customer!

.

Dia marah sebab kalau dia beli 1, mahal lah jadinya!

.

Nak-nak kalau tudung ini memang cantik kalau dia pakai pergi majlis rasmi macam wedding dan sebagainya.

.

Saya rasa bersalah sangat…

.

Sebab itu, saya tetap dengan pendirian saya! RM69 untuk 1 tudung ! Tak boleh turun harga.

.

Tapi kalau beli 2 terus, anda boleh claim untuk dapat rebate sebanyak RM30!

.

Ya! RM99 saja untuk 2 helai tudung.”

.

 

Yang benar,

Farhan Zakaria

Chairman of Red Eagle Digital

 

#redeagledigital
#terbangtinggi
#buatsampaijadi

3 TIPS ONLINE MARKETING MENJANA MONEY

Kita lakukan marketing untuk mempromosikan produk, promosi yang berkesan menjana pendapatan which means money, money, money

.

Jadi macam mana nak pastikan duit masuk poket ? Baca tips dibawah jika anda adalah peminat tegar wang ..

.

3 tips yang dijamin menjana pendapatan extra…

.

  1. 1. Ketahui siapa target audiens anda dan bagaimana cara untuk targetkan audiens.

Dua ni teramatlah penting sebab jika anda salah target audiens..salah sasaran.. Maka akan rugilah anda…tak dapat lah duit, buang masa, buang tenaga. Kenapa penting kena target audiens anda? Dengan mengetahui demografik, sikap membeli, jantina, umur dan minat pelanggan.. kita dapat pinpoint dan memahami spesifik pattern dan kita dapat laksanakan strategi yang terbaik.

.

  1. 2. Pastikan media sosial diintegrasikan dalam site anda.

Kenapa? Simple.. media sosial teramatlah popular. Hampir 90% in general, manusia ada akaun media sosial. Ini bermakna media sosial adalah platform penting dalam mempromosikan produk. Contohnya, Instagram dan Facebook. Ramai rakyat Malaysia mempunyai akaun media sosial ini. Jadi kita perlu pandai menggunakan platform ini, dan saya jamin produk anda akan viral dan meletop-letop.

.

  1. 3. Pastikan anda mempunyai design website yang gempak.

Ha…ni kira common sense la kan..sebab siapa yang tak suka benda cantik? Dengan webpage yang menarik, simple, sleek, kreatif, pelanggan akan secara psikologikal lebih tertarik dengan webpage sebegini. Apabila pelanggan tertarik, perasaan pelanggan untuk membeli menjadi seronok dan kebarangkalian untuk pelanggan membeli produk anda akan menjadi lebih tinggi berbanding webpage lain. Website yang gempak memerlukan kombinasi warna, kontra, design, font dan kreativiti.. apabila semua ini menjadi, terhasilah bomb money

.

Yang benar,

Farhan Zakaria

Chairman of Red Eagle Digital

 

#redeagledigital
#terbangtinggi
#buatsampaijadi

5 TIPS PILIH PRODUK CEPAT UNTUNG

Haii hari ni saya nak sharekan kepada anda semua 5 tips ringkas untuk memilih produk cepat untung. Moga info tersebut dapat memberi manfaat dan membantu anda semua..

Tips memilih produk cepat untung :
Memilih produk local / kilang local.
Lebih digalakkan untuk anda memilih produk local atau produk dari kilang local berbanding produk import. Bajet pon murah nak dibandingkan dengan produk import kan? Tapi jika anda mahu memilih produk import tidak menjadi masalah. Ikut keselesaan masing-masing.

Memeriksa produk di website “eCommerce”.
Anda boleh buat survey produk-produk yang ada di website-website eCommerce. Haa nanti senang lah sikit nak tengok demand customer macam mana kan? Jadi lebih mudah untuk anda memilih produk apa yang sesuai untuk di jual.

Memilih jenama produk yang dikenali ramai
Ini kerana, customers lebih banyak trust kepada well-known product, nak jual produk yang kurang dikenali pon boleh, tapi kena usaha lebih sikit dekat marketing supaya orang ramai tahu berkaitan produk tersebut.

Mencari pengedar / dropshipper local
Dicadangkan untuk anda mencari banyak pengedar atau dropshipper tempatan untuk memasarkan produk anda. Lebih mudah untuk anda nak jual barang-barang anda dan lebih mudah untuk produk anda tersebar dengan lebih cepat. Contohnya, anda menjual Chocolate rice, kalau boleh setiap negeri tu nak ada orang yang tolong edarkan produk anda hehehe. Luaskan kuasamu!

Jual produk dalam kuantiti yang sedikit dahulu
Haaa yang ni penting tau. Anda guna modal yang sedikit dulu, dan cuba jual produk anda dalam jumlah yang sedikit untuk test market dulu. Lepas nampak makin banyak demand, baru anda up modal dan quantiti produk anda jual tu. Jangan tamak, nanti rugi.

Akhir kata, moga tips ini berguna untuk korang <3

5 TEKNIK MEYAKINKAN PELANGGAN KURANG DARIPADA 4 SAAT

Nak menjual itu tak salah, sebab nama pun bisnes memanglah untuk menjual.

.

Persoalannya adakah prospek akan berminat atau suka kalau kita asyik promote je.

.

Sebab itu nak menjual kena ada skill dan strategi. Kalau kita terus menjual dan promote je orang akan lari kan.

.

Apa perlu anda buat sebelum menjual? Anda kena la pandai tambat hati pelanggan sehingga dia jatuh hati.

.

Jadi, apakah teknik nak buat prospek jatuh hati dengan produk kita?
Ada 5 teknik memujuk pelanggan dalam masa kurang 4 saat :

.

1) Sharing
Sharing ibarat menjual tapi tanpa jual. Kita ceritakan pengalaman pengguna sebelum ini bagaimana kisah pengguna sebelum ini menggunakan produk kita. Bagaimana kelebihan yang ada pada produk kita memberi perubahan yang baik pada pelanggan dari sebelum dan selepas penggunaan.

2) Puji
Manusia memang suka dipuji, tapi bukan yang membodek. Pujian mestilah dengan keikhlasan yang sememangnya pelanggan itu layak diberi pengiktirafan. Jadi anda boleh puji pelanggan bila dia buat decision yang betul atau bila dia seorang yang cantik dan kacak. Maksud puji specific ni adalah kita cuba cari point atau mana mana fizikal dia yang boleh nampak dengan jelas. Contohnya “cantik beg tangan awak” Ayat yang simple je tapi confirm membuatkan dia kan rasa teruja dan akan mempengaruhi keptusannya untuk menjaga hati kita.

3) Emosi
Try apply FUD dalam minda customer iaitu (fear, uncertainty, doubt). Bila customer rasa tak pasti, ragu-ragu atau takut mengenai apa yang mereka tak tahu, mereka akan fikir sejauh mana pentingnya untuk beli produk kita. Guna kesempatan ini untuk buatkan mereka percaya rugi kalau tak cuba produk kita.

4) Dengar
Dalam komunikasi kita dengan pelanggan kita kena Be Intersted. Bila customer bercerita kita menunjukkan minat untuk mendengar. Dengan sendirinya mereka akan rasa di hargai dan mudah lah untuk kita nak ‘close’ mereka. Maksudnya kalau kita nak buat sale kita jangan lah banyak sangat bercakap dan bila cakap tu produk kita je yang best.Ni yang selalu nya buat orang jadi bosan dan menyampah, dengan sendiri orang akan jadi spoil dan potong stim lah untuk nak beli barang kita. Jadi pendengar setia apa masalah yang customer hadapi.

5) Faham
Kita kena scan pelanggan kita dulu contohnya spend sedikit masa untuk faham pelanggan kita. Seorang peniaga yang bijak kena kenal pelanggan dia luar dan dalam, berkongsi masalah dan faham kehendak pelanggan. Produk kena sesuai dengan citarasa pelanggan, barulah bisnes boleh jalan.